Thursday, July 16, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021


Assalammualaikum dan hai semua. Untuk kursus BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA ini cik Intan telah diberikan tugasan untuk mereka cipta sendiri kalendar tahun 2021 iaitu daripada bulan 1 sehingga 12.. Haa nak tahu macam mana nak buat??? Saya menggunakan software Photoshop sahaja..

Perkara wajib yang perlu ada bagi muka depan kalendar ialah:-
 
1) LATAR BELAKANG

2) NAMA KALENDAR 2021

3) NAMA PENUH PELAJAR

4) NO MATRIK

5) NAMA PENSYARAH

6) KOD DAN NAMA KURSUS

Bagi setiap bulan dalam kalendar ini pula perlu mengandungi:-

1) LATAR BELAKANG

2) BULAN KALENDAR 2021 DALAM BAHASA MELAYU

3) GAMBAR DIRI SENDIRI, KELUARGA ATAU RAKAN-RAKAN

4) KATA-KATA HIKMAT


Nahh cik Intan belanja sikit uollss Kalendar 2021 hasil air tangan sendiri dengan menggunakan software Photoshop

 




































Thursday, June 25, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalammualaikum n hai semua.. Harini saya nak kongsi sedikit kegembiraan apabila Prof tekan like dan comment pada post ig gambar raya dan makanan yang telah saya buat..ehekss..bukan kaleng2 bila Prof dah like 2 post kita..rasa mcm tak percaya pulak..hehehe..Tq Prof..Sayang Prof..


Thursday, June 18, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN TWITTER


1. Kajian menyatakan bahawa facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal (Madge 2009) manakala kajian Bicen dan Cavus (2012), pelajar mempunyai tabiat dalam menggunakan twitter iaitu menyatakan rutin hariannya dan emosi mereka, pelajar juga gemar menggunakan twitter dalam proses pembelajaran.

2. Facebook memegang kepentingan sosial dan peribadi , facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar (Selwyn 2007) manakala Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011), menyatakan bahawa twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh.

3. Blattner dan Fiori (2009), menyatakan bahawa facebook mampu memudahkan untuk berinteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan manakala kajian twitter yang dijalankan dalam kelas oleh Junco (2010), kesan twitter pada penglibatan pelajar kolej dan kejayaan mereka, pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran apabila diberi peluang menggunakan twitter.

4. Facebook membantu guru untuk melibatkan pelajar di luar kelas dan pengajar boleh mempelajari tentang trend dan isu dalam pendidikan bahasa inggeris sebagai bahasa asing dan mendapatkan idea untuk latihan dalam kelas (Pilgrim dan Bledsoe (2011) manakala Twitter mempunyai potensi dalam aktiviti membaca selepas kelas.( ida Soraya et al. 2013).

5. Pempek (2009), menyatakaan bahawa facebook membolehkan guru untuk berlatih pedagogi berbeza, mengikut minat pelajar manakala pelajar mampu belajar dalam persekitaran dalam dewan kuliah dan berminat untuk mempelajari lebih banyak manakala twitter boleh digunakan sebagai penilaian formatif dalam kalangan pelajar sekolah di dalam kelas. (Chen 2012)

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)1

LIRIK LAGU 1



FACEBOOK



TWITTER

Logo ini menunjukkan 6 orang ahli keluarga dan bagaimana hubungan kekeluargaan yang begitu erat, bak kata pepatah "air yang dicincang tidak akan putus". Ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai tonggak utama bagi menggerakkan seluruh ahli keluarga. Corak didikan juga amat penting supaya anak-anak terlahir dalam keadaan yang baik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bentuk "love" di keliling penjuru mengambarkan kasih sayang yang tiada darjah penghabisannya dalam sesebuah keluarga dan akan sentiasa kekal dalam sanubari setiap ahli keluarga. Oleh itu, kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga dan meringankan beban antara satu sama lain supaya hidup bahagia selamanya.


KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit : UPM

Thursday, June 11, 2020

AKTIVITI IMPLIKASI PEDAGOGI

  AKTIVITI 1



AKTIVITI 2



AKTIVITI 3



Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT


ANIMASI, DRAMA DAN FILEM(NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ANIMASI, DRAMA DAN FILEM



Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit : UPM