Thursday, June 18, 2020

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018)1

LIRIK LAGU 1



FACEBOOK



TWITTER

Logo ini menunjukkan 6 orang ahli keluarga dan bagaimana hubungan kekeluargaan yang begitu erat, bak kata pepatah "air yang dicincang tidak akan putus". Ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai tonggak utama bagi menggerakkan seluruh ahli keluarga. Corak didikan juga amat penting supaya anak-anak terlahir dalam keadaan yang baik dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bentuk "love" di keliling penjuru mengambarkan kasih sayang yang tiada darjah penghabisannya dalam sesebuah keluarga dan akan sentiasa kekal dalam sanubari setiap ahli keluarga. Oleh itu, kita hendaklah menyayangi sesama ahli keluarga dan meringankan beban antara satu sama lain supaya hidup bahagia selamanya.


KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT

No comments:

Post a Comment