Thursday, June 11, 2020

CERITA SOSIAL 2(NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)5

CERITA SOSIAL 5: JIRAN

3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 5 iaitu jiran ialah:-

1)Rajin
2)Pemurah
3)Tidak pernah merungut





Pada pendapat saya, 3 nilai yang terdapat dalam cerita sosial 5 iaitu jiran ialah rajin, pemurah dan tidak pernah merungut. Bagi nilai rajin, sebagai contoh Alim menyusun semua buku mengikut abjad dan mengemasnya pada setiap hari. Alim juga membaca buku pada waktu petang dan malam. Hal ini menunjukkan bagaimana sikap seorang anak yang sangat rajin dan tidak membuang masanya dengan aktiviti yang tidak berfaedah sebaliknya lebih suka menghabiskan masa dengan membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, bagi nilai pemurah pula, sebagai contoh Alim memberikan buku cerita tentang rumah papan kepada Sulaiman dan sering berkongsi apa sahaja yang dia miliki dengan Sulaiman. Bukan Alim sahaja, malahan Sulaiman juga turut berkongsi coklat yang dibeli bersama Alim. Hal ini menunjukkan sikap suka berkongsi dengan sesama jiran dan tidak kedekut dengan segala apa yang dimiliki oleh mereka kerana sikap ini boleh mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain terutamanya sesama jiran. Akhir sekali, bagi sikap tidak pernah merungut, sebagai contoh Alim tidak pernah merungut walaupun dia seorang yang mudah jatuh sakit. Hal ini menjelaskan bahawa kita hendaklah redha dan pasrah dengan segala ujian yang diberikan termasuklah ujian kesakitan kerana apabila semakin kita redha, semakin disayangi oleh Tuhan.


RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT

No comments:

Post a Comment