Thursday, June 4, 2020

CERITA SOSIAL 2(NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

CERITA SOSIAL 4 : HATI

3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4 iaitu Hati ialah :-

1) Sikap suka berkongsi dengan orang lain
2) Seorang anak yang berdikari
3) Menghormati orang tua





Pada pendapat saya, 3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4 iaitu hati ialah sikap suka berkongsi dengan orang lain, seorang anak yang berdikari dan menghormati orang tua. Bagi nilai sikap suka berkongsi dengan orang lain, sebagai contoh Alim ke sekolah dengan membawa kek cawan dan ingin berkongsinya dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini dapat menunjukkan sikap suka berkongsi adalah sikap yang sangat baik dan patut dicontohi oleh orang lain. Apabila kita berkongsi orang lain turut dapat merasakan sekali dan bergembira atas pemberian kita. Selain itu, seorang anak yang berdikari, sebagai contoh, Alim sudah pandai memakai kasut sekolah, membawa botol air ke sekolah dan pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Hal ini menunjukkan Alim seorang anak yang berdikari walaupun usianya masih muda dan tidak mengharapkan ibunya untuk melakukan sesuatu. Akhir sekali, nilai menghormati orang tua, sebagai contoh cikgu Anis mengajar Alim untuk menghormati orang tua seperti tunduk 
apabila berjalan di hadapan orang tua, mengucapkan terima kasih, mengucapkan selamat pagi kepada guru besar dan cikgu lain. Menghormati orang tua mahupun orang yang lebih muda adalah sangat penting untuk semua supaya mereka juga turut menghormati kita.

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT


No comments:

Post a Comment