Thursday, June 18, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

PERBEZAAN KAJIAN DALAM BAB FACEBOOK DAN TWITTER


1. Kajian menyatakan bahawa facebook merupakan cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal (Madge 2009) manakala kajian Bicen dan Cavus (2012), pelajar mempunyai tabiat dalam menggunakan twitter iaitu menyatakan rutin hariannya dan emosi mereka, pelajar juga gemar menggunakan twitter dalam proses pembelajaran.

2. Facebook memegang kepentingan sosial dan peribadi , facebook juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar (Selwyn 2007) manakala Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011), menyatakan bahawa twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh.

3. Blattner dan Fiori (2009), menyatakan bahawa facebook mampu memudahkan untuk berinteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan manakala kajian twitter yang dijalankan dalam kelas oleh Junco (2010), kesan twitter pada penglibatan pelajar kolej dan kejayaan mereka, pelajar akan melibatkan diri dalam proses pembelajaran apabila diberi peluang menggunakan twitter.

4. Facebook membantu guru untuk melibatkan pelajar di luar kelas dan pengajar boleh mempelajari tentang trend dan isu dalam pendidikan bahasa inggeris sebagai bahasa asing dan mendapatkan idea untuk latihan dalam kelas (Pilgrim dan Bledsoe (2011) manakala Twitter mempunyai potensi dalam aktiviti membaca selepas kelas.( ida Soraya et al. 2013).

5. Pempek (2009), menyatakaan bahawa facebook membolehkan guru untuk berlatih pedagogi berbeza, mengikut minat pelajar manakala pelajar mampu belajar dalam persekitaran dalam dewan kuliah dan berminat untuk mempelajari lebih banyak manakala twitter boleh digunakan sebagai penilaian formatif dalam kalangan pelajar sekolah di dalam kelas. (Chen 2012)

Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT

No comments:

Post a Comment