Saturday, March 28, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalammualaikum n hai semua.. Harini saya nak kongsi sedikit kegembiraan apabila Prof tekan like pada post ig yang telah saya buat..ehekss..bukan kaleng2 bila Prof dah like 3 post kita..rasa mcm tak percaya pulak..hehehe..Tq Prof..Sayang Prof..


Wednesday, March 11, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFIK


Hasil video berkaitan asas fotografi :
1) siluet
2) pendua
3) kabur
4) bayang
5) Bird's eye view


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Selamat menonton video hasil kumpulan kami☺

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


Gambar: Asas Grafik

Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit: Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

1. MUDAH
Asas grafik mudah ialah senang difahami tentang sesuatu gambar itu. Dalam konteks yang sama, apabila kita melihat sesuatu gambar itu, kita bole mentafsir dengan jelas tentang gambar tersebut. Sebagai contohnya, sebuah gambar di pusat peranginan seperti pantai. Jadi, apabila kita melihat gambar tersebut, kita akan tahu bahawa tempat tersebut adalah pantai atau laut.

2. WARNA
Boleh didefinisikan sebagai gabungan warna ataupun satu warna sahaja dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Warna yang digunakan mestilah menarik dan tona bagi warna tersebut tidak melebihi tiga warna supaya gambar yang dihasilkan cantik. Sebagai contoh, sekeping gambar yang menunjukkan seorang model peragaan memakai baju yang kelihatan anggun berwarna biru disertai dengan tudung berwarna biru gelap. Terdapat juga latar belakang rumah tradisional yang indah tersergam di bahagian latar belakang

3. TEKS
Teks yang digunakan mengikut asas grafik ialah teks yang sesuai dengan jenis dan saiz fonts. Selain itu, teks perlulah sesuai dengan latar belakang gambar yang digunakan. Warna teks juga penting dalam asas grafik juga teks yang diletakkan tidak terlalu banyak. Sebagai contoh, Gambar seorang usahawan di dalam majalah yang duduk di sebelah kanan manakala di sebelah atas kiri mempunyai teks yang agak besar dan menarik.

4. KESESUAIAN
Gambar yang digunakan sesuai dengan keadaan tempat dan masa dalam suatu gambar atau video. Selain itu juga, setiap watak dan latar perlulah bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar yang diambil ketika matahari sudah terbenam di sebuah tasik.

5. KESEIMBANGAN
Gambar yang dipilih perlu mempunyai keseimbangan iaitu objek yang berada di kiri, kanan seimbang serta atas dan bawah juga seimbang. Gambar tersebut perlu seimbang antara permukaan yang kosong dan permukaan yang padat. Sebagai contohnya gambar seorang perempuan yang berdiri di sebelah rumah dan di langit di bahagian kanan kelihatan lebih cerah. Di bahagian kiri pula terdapat pohon-pohon yang besar dan langit kelihatan sedikit gelap.


Rujukan/Bibliografi


Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS OLEH VANDIJK (1977)

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)

VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepad makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), struktur makro membincangkan sesuatu makna daripada suatu teks yang dapat difahami daripada topik atau tema suatu teks. Selain itu, superstruktur pula merupakan kerangka suatu teks di bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Misalnya, teks seperti keseluruhan kajian di masukkan dalam bahagia pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula menerangkan makna daripada suatu teks yang dapat difahami daripada pilihan kata dan gaya bahasa yang sesuai untuk teks.


Gambar: Teori Analisis Wacana Kritis (VanDijk, 1977)


Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020 : TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT(1997)

Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) (Rajah 7) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau startegi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau startegi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi.

Taksonomi Strategi KomunikasiDornyei & Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakab topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstrukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan masa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantaranbangsaan merujuk kepada bahasa lain daripada bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa juga perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna.


Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat 12 strategi komunikasi yang dipelopori oleh Dornyei dan Scott, 1997. Strategi Pengelakan atau Pengurangan terbahagi kepada dua iaitu pengabaian/peninggalan mesej dan pengelakan topik. Hal ini bermaksud, komunikasi dikurangkan dengan mengabaikan sesuatu mesej yang disampaikan. Dalam peringkat pencapaian atau strategi pampasan pula, terdapat 9 strategi. antaranya, parafrasa, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, cipta perkataan baharu, penstrukturan semula/penggunaan kaedah bukan bahasa (bermaksud menggunakan non verbal seeprti pergerakan badan), terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan. Strategi seterusnya pula ialah penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini bermaksud penggunaan perkataan yang tiada makna/strategi penanda.


Rujukan/Bibliografi

Normaliza Abd Rahim(2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

MANFAAT PENGUNAAN INSTAGRAM


 Terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram di dalam buku Eh!!! Media Sosial. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), antara manfaat penggunaan Instagram yang boleh kita perolehi ialah membantu mereka dalam mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain dalam akaun Instagram mereka. Selain itu, memberi peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Seterusnya, Instagram berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Akhir sekali, bagi pengajar, cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mecipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu.




Rujukan/Bibliografi


Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia 





RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian dan setiap bahagian tersebut berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia. Bahagian-bahagian ini kemudian dirumuskan dalam 3 graf yang berbeza. Bagi graf 6.1 iaitu blog dalam Pengajian Kesusasteraan, ianya terdiri daripada 4 elemen iaitu poem,short stories, script dan quatrain.Graf ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan yang mereka suka dan ditulis dalam blog. Untuk puisi,kebanyakan mereka menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa puisi adalah genre yang sesuai ditulis dalam blog dan menyatakan bahawa menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka. Menulis puisi dalam blog bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keyakinan malahan juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran. Bagi cerpen pendek, responden menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan responden wanita mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi menambah baik kemahiran menulis dan juga mampu meningkatkan motivasi dan tahap keyakinan dalam penulisan. Untuk penulisan skrip pula, kebanyakan responden menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Peratus responden wanita adalah tinggi berbanding lelaki. Kajian mendapati bahawa repsonden wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip berbanding lelaki. Bagi pantun pula, responden memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditullis dalam blog mereka. Hal ini menunjukkan responden wanita lebih ramai memilih pantun dalam penulisan blog berbanding lelaki. Responden wanita selesa memilih pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan melalui blog. Hasil kajian bagi blog dalan Pengajian Kesusasteraan ini didominasi oleh golongan wanita.




Bagi graf 6.2 iaitu blog dalam pembelajaran bahasa ianya terbahagikan kepada tiga elemen iaitu letter, feeling dan riddles. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisam surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan blog, responden memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa. Peratus menunjukkan responden wanita memperoleh peratusan tinggi berbanding responden lelaki. Ini disebabkan responden wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Menulis di dalam blog juga merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Peratus reponden wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Menurut mereka, blog adalah medium terbaik untuk meluahkan perasaan. Menulis teka-teki adalah satu kaedah  yang disukai oleh mereka. Ini boleh dilihat bahawa responden wanita mempunyai peratusan tinggi berbanding lelaki. Responden menyatakan mereka suka menulis teka-teki kerana mereka menerima banyak komen daripada pembaca. Hasil kajian bagi blog dalam pembelajaran bahasa lebih diterajui oleh wanita.



Bagi graf 6.3 iaitu blog di dalam pembelajaran teknologi dibahagikan kepada 3 elemen iaitu video, audio dan photo. Penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Bagi video, kesemua responden lelaki dan wanita menyatakan kemasukan video kedalam blog memberi kepuasan kepada mereka. Mereka begitu teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog. Begitu juga dengan audio, kedua-kedua responden memberi respons untuk memasukkan audio kedalam blog mereka. Ini menunjukkan mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, responden menyatakan bahawa meletakkan gambar di dalam blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita lebih suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan menghantar terus ke dalam blog.

Rujukan/Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia