Thursday, March 5, 2020

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG


KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN




Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan ini dibahagikan kepada tiga bahagian dan setiap bahagian tersebut berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran Bahasa dan pembelajaran multimedia. Bahagian-bahagian ini kemudian dirumuskan dalam 3 graf yang berbeza. Bagi graf 6.1 iaitu blog dalam Pengajian Kesusasteraan, ianya terdiri daripada 4 elemen iaitu poem,short stories, script dan quatrain.Graf ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memilih salah satu daripada genre kesusasteraan yang mereka suka dan ditulis dalam blog. Untuk puisi,kebanyakan mereka menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis puisi. Responden wanita lebih suka menulis puisi dalam blog mereka. Tambahan pula, mereka mencadangkan bahawa puisi adalah genre yang sesuai ditulis dalam blog dan menyatakan bahawa menulis puisi adalah berdasarkan emosi mereka. Menulis puisi dalam blog bukan sahaja dapat meningkatkan tahap keyakinan malahan juga dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dalam bahasa sasaran. Bagi cerpen pendek, responden menyatakan bahawa blog merupakan medium terbaik untuk menulis cerpen pendek. Keputusan menunjukkan responden wanita mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding lelaki. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi menambah baik kemahiran menulis dan juga mampu meningkatkan motivasi dan tahap keyakinan dalam penulisan. Untuk penulisan skrip pula, kebanyakan responden menyatakan bahawa menulis skrip dengan menggunakan bahasa sasaran adalah sesuai untuk penulisan blog. Peratus responden wanita adalah tinggi berbanding lelaki. Kajian mendapati bahawa repsonden wanita lebih berminat berkongsi idea dan pandangan dalam menulis skrip berbanding lelaki. Bagi pantun pula, responden memilih pantun sebagai genre yang sesuai untuk ditullis dalam blog mereka. Hal ini menunjukkan responden wanita lebih ramai memilih pantun dalam penulisan blog berbanding lelaki. Responden wanita selesa memilih pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan melalui blog. Hasil kajian bagi blog dalan Pengajian Kesusasteraan ini didominasi oleh golongan wanita.




Bagi graf 6.2 iaitu blog dalam pembelajaran bahasa ianya terbahagikan kepada tiga elemen iaitu letter, feeling dan riddles. Berdasarkan responden, pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisam surat, meluahkan perasaan dan pemikiran kritis. Bagi penulisan blog, responden memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran Bahasa. Peratus menunjukkan responden wanita memperoleh peratusan tinggi berbanding responden lelaki. Ini disebabkan responden wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Menulis di dalam blog juga merupakan salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Peratus reponden wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Menurut mereka, blog adalah medium terbaik untuk meluahkan perasaan. Menulis teka-teki adalah satu kaedah  yang disukai oleh mereka. Ini boleh dilihat bahawa responden wanita mempunyai peratusan tinggi berbanding lelaki. Responden menyatakan mereka suka menulis teka-teki kerana mereka menerima banyak komen daripada pembaca. Hasil kajian bagi blog dalam pembelajaran bahasa lebih diterajui oleh wanita.



Bagi graf 6.3 iaitu blog di dalam pembelajaran teknologi dibahagikan kepada 3 elemen iaitu video, audio dan photo. Penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Bagi video, kesemua responden lelaki dan wanita menyatakan kemasukan video kedalam blog memberi kepuasan kepada mereka. Mereka begitu teruja untuk menyiarkan klip video di dalam blog. Begitu juga dengan audio, kedua-kedua responden memberi respons untuk memasukkan audio kedalam blog mereka. Ini menunjukkan mereka berminat dengan audio kerana kesemua blog mengandungi lagu kegemaran mereka. Bagi gambar pula, responden menyatakan bahawa meletakkan gambar di dalam blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding lelaki kerana wanita lebih suka mengambil gambar menggunakan telefon bimbit dan menghantar terus ke dalam blog.

Rujukan/Bibliografi

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial, Terengganu: Universiti Malaysia




No comments:

Post a Comment