Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Model Penceritaan ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat bahagia dan mempunyai sifat yang mulia. Ia juga mengisahkan tentang seorang anak yang tanpa penat jemunya membantu kedua ibu dan bapanya dari pagi sehingga ke larut malam. Segala pertolongan yang diberikan kepada ibu dan bapanya membuatkan si anak berasa sangat berpuas hati. Selain itu juga, anaknya juga sangat menjaga budi pekertinya walau dimanapun dia berada bagi memastikan maruah keluarga sentiasa dijaga dan tidak dicemari. Seterusnya, cerita ini juga memberikan gambaran bahawa anak tersebut sangat menjaga hubunga baiknya bersama seluruh ahli keluarganya terutama ibu ayah, abang, kakak, adik dan saudara-maranya. Hal ini dikatakan demikian kerana keluargalah yang menjadi tunjang kehidupan seseorang insan. Tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya, keluarga juga akan sentiasa ada ketika kita memerlukan sebarang pertolongan dan bantuan.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT

No comments:

Post a Comment