Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan 6 yang diberi nama Citra Purnama Production telah menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu berdasarkan lima elemen asas grafik yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Antara bahan yang digunakan ialah gunting, UHU gluestick, mounting board, reben dan pisau lipat. Setiap kumpulan diminta untuk mencari lima gambar di dalam majalah dan memberikan ulasan  untuk setiap elemen tersebut. Antara proses terawal yang telah dilaksanakan adalah dengan memilih gambar yang menunjukkan elemen-elemen asas grafik tersebut dan menampalkannya pada mounting board dengan menggunakan gam UHU. Sebelum proses menampal dilakukan, kami terlebih dahulu telah menunjukkan dan meminta pandangan Prof. Normaliza berkenaan gambar tersebut adakah sesuai dengan kelima-lima elemen asas grafik yang telah dipelajari. Proses terakhir, kami hendaklah membuat buku skrap dengan menggabungkan gambar-gambar tersebut.



Elemen asas grafik dapat dilihat dari segi warna, mudah, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Dari segi elemen asas grafik warna, kumpulan kami memilih gambar kosmetik kerana penggunaan warna yang digunakan menyerlah dan menarik. Dari segi elemen mudah pula, kumpulan kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sangat ketara dan jelas untuk difahami oleh sesorang yang melihatnya. Untuk elemen teks, pilihan gambar siluet  masjid menunjukkan elemen teks telah digunakan di dalam majalah. Hal ini dapat dilihat penggunaan teks di ruang atas seimbang dengan penggunaan teks di ruang bawah gambar. Walaupun tidak banyak teks diletakkan, namun kita dapat mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan gambar masjid. Seterusnya, gambar persisiran pantai dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai untuk ditonjolkan di dalam majalah. Penggunaan kombinasi warna biru dan putih memberikan ketenangan kepada pembaca. Bagi elemen keseimbangan pula, gambar sebatang pokok di waktu senja mempunyai nilai keseimbangan pada ruang atas, iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap.





Gambar-gambar di atas merupakan contoh-contoh yang telah kumpulan kami siapkan. 


Sekian sahaja hasil daripada kumpulan kami iaitu Citra Purnama Production😊

Selamat membaca dan menyelami penulisan ini💖


No comments:

Post a Comment