Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020 : Cerita Sosial 1

SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Alim mempunyai dua nenek dan dua datuk. Nenek dan datuk di sebelah ibu Alim tinggal di Kajang manakala nenek dan datuk di sebelah bapa Alim tinggal di Melaka. Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung datuk dan nenek di Kajang untuk bermain dengan ayam dan itik. Sampainya di kampung, dia berasa amat sedih, marah dan menangis apabila ayam dan itik sudah tiada. Ketika seluruh ahli keluarga Alim sibuk mengeluarkan barang daripada kereta, nenek dan datuk lari mendapatkan Alim di tepi reban dan bertanyakan keadaan cucunya itu. Kemudian nenek menerangkan bahawa ayam dan itik berada di dalam reban baharu yang dibuatnya. Alim berasa lega dan gembira apabila melihat kesemua ayam dan itik tersebut. Selepas itu, Alim masuk  ke rumah dan berasa hairan kemudian menangis apabila keadaan rumah datuk dan nenek yang berlainan daripada sebelum ini. Nenek memujuk Alim dengan membawanya melihat keliling rumah sambil bercerita. Ibu dan bapa serta nenek dan datuk berasa amat sedih melihat perlakuan Alim. Mereka cuba untuk menolong Alim. Kelihatan Alim ketawa riang bersama-sama adik-beradiknya yang lain sambil menonton cerita kartun. Suasana di kampung yang berlainan daripada suasana bandar menjadikan Alim sekeluarga lebih rapat. Alim berasa lega apabila mengetahui keberadaan itik dan ayam dan reban baharunya. Kesimpulannya, kanak-kanak tidak mempunyai emosi yang stabil dan ianya cepat berubah-ubah mengikut situasi.
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT

No comments:

Post a Comment