Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020 : Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog yang Baik.

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3.Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan Pendidikan.

Perkara di atas menerangkan tentang 10 cara penulisan blog yang baik. Perkara pertama yang dititikberatkan ialah tajuk. Penulis perlulah peka mengenai tajuk yang hendak ditulis agar kelihatan menarik supaya dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca sesuatu blog tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana tajuk merupakan perkara pertama yang dilihat dan dinilai oleh pembaca. Selain itu, jalan cerita yang ditulis dan dikongsi oleh penulis hendakalah menarik dan mempunyai kohesi dan koherennya yang tersendiri supaya dapat memikat hati pembaca untuk terus menghabiskan pembacaanya. Penulis juga perlu memasukkan ayat penulisan yang mempunyai nilai humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik dan menggelikan hati para pembaca. Penulis harus memastikan terdapat hujah yang terbaik beserta bukti untuk menghuraikan sesuatu penulisan yang ditulis agar pembaca mempercayai sesuatu penyampaian yang dibuat dengan lebih jelas. Seterusnya, penulisan yang ditulis mesti dikaitkan dengan berita terkini supaya ianya mengikuti perkembangan dunia semasa dan pembaca mengetahui matlamat yang hendak disampai. Penulis hendaklah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas agar mudah difahami oleh pembaca. Tambahan pula, sesetengah pembaca mempunyai tabiat malas untuk membaca sesuatu penulisan yang mempunyai ayat yang Panjang dan padat. Di samping itu, sesuatu penulisan haruslah dapat dibaca dan difahami dengan jelas oleh para pembacanya. Penulis perlu memastikan isi penulisan yang ditulis menjadi proses komunikasi antara penulis dan pembaca. Penulis hendaklah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan agar dapat dicontohi dan diteladani oleh pembaca. Akhir sekali, sesuatu penulisan perlu berilmu untuk tujuan penulisan Pendidikan buat pembaca. Normaliza Abd Rahim (2014).

Rujukan :
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu : Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment