Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu2020: MULTIMEDIA DALAM BAHASA

ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA

1. MUDAH
Asas grafik mudah ialah senang difahami tentang sesuatu gambar itu. Dalam konteks yang sama, apabila kita melihat sesuatu gambar itu, kita bole mentafsir dengan jelas tentang gambar tersebut. Sebagai contohnya, sebuah gambar di pusat peranginan seperti pantai. Jadi, apabila kita melihat gambar tersebut, kita akan tahu bahawa tempat tersebut adalah pantai atau laut.

2. WARNA
Boleh didefinisikan sebagai gabungan warna ataupun satu warna sahaja dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Warna yang digunakan mestilah menarik dan tona bagi warna tersebut tidak melebihi tiga warna supaya gambar yang dihasilkan cantik. Sebagai contoh, sekeping gambar yang menunjukkan seorang model peragaan memakai baju yang kelihatan anggun berwarna biru disertai dengan tudung berwarna biru gelap. Terdapat juga latar belakang rumah tradisional yang indah tersergam di bahagian latar belakang

3. TEKS
Teks yang digunakan mengikut asas grafik ialah teks yang sesuai dengan jenis dan saiz fonts. Selain itu, teks perlulah sesuai dengan latar belakang gambar yang digunakan. Warna teks juga penting dalam asas grafik juga teks yang diletakkan tidak terlalu banyak. Sebagai contoh, Gambar seorang usahawan di dalam majalah yang duduk di sebelah kanan manakala di sebelah atas kiri mempunyai teks yang agak besar dan menarik.

4. KESESUAIAN
Gambar yang digunakan sesuai dengan keadaan tempat dan masa dalam suatu gambar atau video. Selain itu juga, setiap watak dan latar perlulah bersesuaian antara satu sama lain. Sebagai contoh, gambar yang diambil ketika matahari sudah terbenam di sebuah tasik.

5. KESEIMBANGAN
Gambar yang dipilih perlu mempunyai keseimbangan iaitu objek yang berada di kiri, kanan seimbang serta atas dan bawah juga seimbang. Gambar tersebut perlu seimbang antara permukaan yang kosong dan permukaan yang padat. Sebagai contohnya gambar seorang perempuan yang berdiri di sebelah rumah dan di langit di bahagian kanan kelihatan lebih cerah. Di bahagian kiri pula terdapat pohon-pohon yang besar dan langit kelihatan sedikit gelap.


Rujukan/Bibliografi


Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia

No comments:

Post a Comment