Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: EH!!! MEDIA SOSIAL


AKTIVITI 1,2 dan 3




RUJUKAN :

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT 

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)




PENGGUNAAN RULE OF THIRDS DALAM SWAFOTO

Rule of thirds adalah teknik fotografi yang penting dan digunakan untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej seperti ketika berswafoto. Misalnya, untuk swafoto, wajah seseorang itu tidak semestinya berada di tengah grid, malah boleh berada di kiri atau kanan grid. Ianya bergantung kepada keseimbangan imej itu sendiri pada ketika itu untuk menjadikan gambar tersebut cantik dan lebih nenarik.



RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit UPM

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM 2019) 2


3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1) Bersikap pemurah
2) Menghargai pemberian orang lain
3) Rajin membantu ahli keluarga






Pada pendapat saya, 3 nilai yang ditonjolkan dalam cerita ini iaitu bersikap pemurah, menghargai pemberian orang lain dan rajin membantu ahli keluarga mampu dijadikan contoh tauladan yang baik kepada pembaca. Bagi nilai bersikap pemurah, sebagai contoh Alim tidak lekok untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Hal ini dikatakan demikian kerana Alim sentiasa mengingati pesan ibu dan bapanya bahawa berkongsi barang dan makanan yang kita suka adalah suatu perbuatan yang baik. Selain itu, bagi nilai menghargai pemberian orang lain kita dapat lihat dimana Sulaiman sangat menghargai pemberian daripada Alim dan mengucapkan terima kasih kepada dia. Akhir sekali, nilai yang dapat kita perolehi ialah rajin membantu ahli keluarga yang lain. Misalnya, Alim seorang yang ringan tulang membantu ahli keluarganya mengemas rumah mereka. Sebagai contoh, seusai makan Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah di luar rumah.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT  


Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: TWITTER (CERITA PENDEK)

AKTIVITI 1






Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: PENGENALAN BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

BAHAGIAN B

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.   
(Normaliza Abd Rahim, 2014)                       

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.                          (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Secara ringkasnya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), pelajar yang menulis ceritanya secara sendiri dalam erti kata lain individu akan memberikan impak yang besar kepada pelajar tersebut. Seseorang individu itu akan bersikap negatif dan kurang keyakinan diri apabila terdapat orang lain yang membaca hasil penulisannya. Dalam hal ini, pelajar tersebut mudah berasa malu dan tiada keyakinan diri terhadap hasil penulisannya apabila dipaparkan kepada khalayak ramai. Seterusnya, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), ianya menerangkan bahawa proses pembelajaran bahasa akan membuatkan pelajar fokus apabila wujudnya sesuatu aktiviti yang melibatkan pelajar secara terus. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada berlaku salah faham apabila bertutur dan mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih aktif dan fokus terhadap sesuatu proses pembelajaran yang dijalankan. 

                                                     





Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT

BBM3410Satu2020: TUGASAN BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA


BAHAGIAN A

JENIS SHOT



RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.


BAHAGIAN B

Rules of Third merupakan teknik fotografi yang amat penting. ia boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkat teknik komposisi keseimbangan imej dalam fotografi.
(Normaliza Abd Rahim, 2019)
Apabila seseorang menggunakan Rules of Third ini, ia dapat mengenal pasti titik keseimbangan gambar yang diambil. Selain itu, seseorang itu juga dapat mengenal pasti empat bahagian penting pada imej yang diambil dengan meletakkan titik ketika membingkai imej. Sehubungan dengan itu, gambar yang diambil akan kelihatan cantik dan seimbang atas bawah dan kiri kanan gambar. Dengan menggunakan Rules of Third ini, seseorang juga memerlukan pergerakan untuk mendapatkan komposisi yang baik dan jelas. Hasil foto yang diambil kadangkala dapat dihasilkan dengan baik dan kemas.







RUJUKAN
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Selangor.

BBM3410Satu2020: TUGASAN KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI



BAHAGIAN A

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

INTAN SYAHIRA BINTI MOHD ISA 196766

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu




BAHAGIAN B

SINOPSIS

Cerita ini dimulakan dengan kisah bapa Alim yang telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Antaranya ialah buah rambutan, durian manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa memanggil kesemua ahli keluarganya makan bersama. Ibu telah menyediakan bakul sampah dan menasihati yang lain tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Kemudian, Alim bertanyakan kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan untuk berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah suatu perbuatan yang baik. Ibu memuji anaknya, Alim kerana selalu ingat akan pesan ibu bapanya. Ibu terus mengasingkan buah ke dalam plastik merah untuk diberi kepada Sulaiman. Tambahan pula, pada ketika itu, Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya. Alim memberikan bungkusan plastik kepada  Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih atas pemberian Alim. Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan tersebut. Tambah Alim, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu sentiasa berkata bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub orang-orang yang baik. Kita semua hendaklah berbuat baik kepada jiran. Denga wajah sedih, Mak Cik Timah mengucapkan bahawa Alim anak yang baik dan bergembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya, Sulaiman. Akhirnya, Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman dan begitu juga sebaliknya Sulaiman sambal melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah mendoakan akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.





Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT