Thursday, April 30, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM 2019) 2


3 nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 2 : Saya yang Istimewa

1) Bersikap pemurah
2) Menghargai pemberian orang lain
3) Rajin membantu ahli keluarga






Pada pendapat saya, 3 nilai yang ditonjolkan dalam cerita ini iaitu bersikap pemurah, menghargai pemberian orang lain dan rajin membantu ahli keluarga mampu dijadikan contoh tauladan yang baik kepada pembaca. Bagi nilai bersikap pemurah, sebagai contoh Alim tidak lekok untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada jirannya iaitu Sulaiman. Hal ini dikatakan demikian kerana Alim sentiasa mengingati pesan ibu dan bapanya bahawa berkongsi barang dan makanan yang kita suka adalah suatu perbuatan yang baik. Selain itu, bagi nilai menghargai pemberian orang lain kita dapat lihat dimana Sulaiman sangat menghargai pemberian daripada Alim dan mengucapkan terima kasih kepada dia. Akhir sekali, nilai yang dapat kita perolehi ialah rajin membantu ahli keluarga yang lain. Misalnya, Alim seorang yang ringan tulang membantu ahli keluarganya mengemas rumah mereka. Sebagai contoh, seusai makan Alim membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah di luar rumah.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT  


No comments:

Post a Comment