Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: TUGASAN KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI TEORI DAN APLIKASI



BAHAGIAN A

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

INTAN SYAHIRA BINTI MOHD ISA 196766

RUJUKAN:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu




BAHAGIAN B

SINOPSIS

Cerita ini dimulakan dengan kisah bapa Alim yang telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Antaranya ialah buah rambutan, durian manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa memanggil kesemua ahli keluarganya makan bersama. Ibu telah menyediakan bakul sampah dan menasihati yang lain tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Kemudian, Alim bertanyakan kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan untuk berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah suatu perbuatan yang baik. Ibu memuji anaknya, Alim kerana selalu ingat akan pesan ibu bapanya. Ibu terus mengasingkan buah ke dalam plastik merah untuk diberi kepada Sulaiman. Tambahan pula, pada ketika itu, Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya. Alim memberikan bungkusan plastik kepada  Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih atas pemberian Alim. Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan tersebut. Tambah Alim, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu sentiasa berkata bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub orang-orang yang baik. Kita semua hendaklah berbuat baik kepada jiran. Denga wajah sedih, Mak Cik Timah mengucapkan bahawa Alim anak yang baik dan bergembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya, Sulaiman. Akhirnya, Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman dan begitu juga sebaliknya Sulaiman sambal melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah mendoakan akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.





Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT  


No comments:

Post a Comment