Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: PENGENALAN BAB 2 TWITTER DAN TREND TERKINI

BAHAGIAN B

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.   
(Normaliza Abd Rahim, 2014)                       

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.                          (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Secara ringkasnya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), pelajar yang menulis ceritanya secara sendiri dalam erti kata lain individu akan memberikan impak yang besar kepada pelajar tersebut. Seseorang individu itu akan bersikap negatif dan kurang keyakinan diri apabila terdapat orang lain yang membaca hasil penulisannya. Dalam hal ini, pelajar tersebut mudah berasa malu dan tiada keyakinan diri terhadap hasil penulisannya apabila dipaparkan kepada khalayak ramai. Seterusnya, menurut Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2017), ianya menerangkan bahawa proses pembelajaran bahasa akan membuatkan pelajar fokus apabila wujudnya sesuatu aktiviti yang melibatkan pelajar secara terus. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada berlaku salah faham apabila bertutur dan mengelakkan kebosanan dalam kalangan pelajar terhadap sesuatu pembelajaran. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih aktif dan fokus terhadap sesuatu proses pembelajaran yang dijalankan. 

                                                     





Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT

No comments:

Post a Comment