Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

KELUARGA

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka


Model Penceritaan ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sangat bahagia dan mempunyai sifat yang mulia. Ia juga mengisahkan tentang seorang anak yang tanpa penat jemunya membantu kedua ibu dan bapanya dari pagi sehingga ke larut malam. Segala pertolongan yang diberikan kepada ibu dan bapanya membuatkan si anak berasa sangat berpuas hati. Selain itu juga, anaknya juga sangat menjaga budi pekertinya walau dimanapun dia berada bagi memastikan maruah keluarga sentiasa dijaga dan tidak dicemari. Seterusnya, cerita ini juga memberikan gambaran bahawa anak tersebut sangat menjaga hubunga baiknya bersama seluruh ahli keluarganya terutama ibu ayah, abang, kakak, adik dan saudara-maranya. Hal ini dikatakan demikian kerana keluargalah yang menjadi tunjang kehidupan seseorang insan. Tanpa mereka, kita tidak akan berada di mana kita berada sekarang. Kesimpulannya, keluarga juga akan sentiasa ada ketika kita memerlukan sebarang pertolongan dan bantuan.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020 : ULASAN TUGASAN ASAS GRAFIK

Secara keseluruhannya, kumpulan kami yang diberi nama Citra Purnama Production mendapat 3 bintang.. Alhamdulillah, kami bersyukur atas segala usaha yang telah kumpulan kami curahkan selama 4 jam untuk menyiapkan tugasan yang diberi..


Antara asas grafik yang ditunjukkan ialah asas grafik mudah. Kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sudah jelas menunjukkan gambar air terjun dan gambar tersebut mudah difahami.



Untuk asas grafik warna pula, kami memilih gambar alat kosmetik kerana penggunaan warna gambar tersebut menyerlah dan penggunaan warna latar belakang gambar tersebut tidak seakan-akan dengan warna alat kosmetik tersebut.



Bagi asas grafik teks pula, kami memlilih gambar yang menggunakan saiz font yang sesuai dan mudah supaya mesej yang ingin disampaikan dengan baik mudah difahami.





 Kumpulan kami memilih gambar pesisiran pantai sebagai asas grafik kesesuaian kerana penggunaan grafik  bersesuaian dengan latar yang digunakan.




Asas grafik keseimbangan merujuk kepada ruang dalam gambar tersebut seimbang kiri dan kanan atau atas dan bawah seperti penggunaan warna gelap dan warna terang. 






Sunday, February 23, 2020

BBM3410Satu2020 : BLANKET TEST 2.0

KUMPULAN 7 : CITRA PURNAMA PRODUCTION

Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?



Jawapan : Kesesuaian bermaksud kesesuaian gambar mengikut latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.









Soalan 2 : Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?



Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Medium shot dalam gambar menunjukkan seorang gadis yang jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menunjukkan bahawa gambar medium shot untuk gambar berkenaan hendak memfokuskan gadis tersebut.

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI




Gambar close-up ialah gambar yang di ambil dari jarak dekat dan memfokuskan wajah seseorang. Gambar close-up yang pertama memfokuskan mata manakala yang kedua memfokuskan alat solekan iaitu gincu.



Gambar Long Shot : gambar yang diambil dengan jarak yang lebih jauh dari kamera




Gambar Medium Shot : Gambar yang diambil dari jarak yang hampir dengan kamera. Wajah seseorang lebih menyerlah jika menggunakan medium shot inu.




Gambar Potrait diambil untuk memfokuskan gambar seseorang dalam jarak yang lebih dekat.


Mug Shot : Kebanyakan gambar mug shot hanya memfokuskan bahagian muka dan diambil dalam jarak yang dekat. Tujuannya adalah untuk mempamerkan raut wajah dan ekspresi wajah seseorang secara terperinci.

ya
kan gambar mug shot hanya memfokuskan bahagian muka dan diambil dalam jarak yang dekat. Tujuannya adalah unumeamerkan raut wajah dan ekspresi seseorang secara terperin

Mug Shot Faisal


Mug Shot Wawa


Mug Shot Umirah


Mug Shot Farihin


Mug Shot Fira


Mug Shot Anis


Mug Shot Fathin


Mug Shot Intan


Mug Shot Amirah


Mug Shot Najwa

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020 : TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH


Gambar di atas menunjukkan manfaat dan kelebihan media social dalam kelas Bahasa. Terdapat lima manfaat yang dinyatakan dan dapat menjadi rujukan dalam usaha meningkatkan pengetahuan bahasa.

BBM3410Satu2020 : CERITA SOSIAL 2; BUKU WACANA PROF NORMALIZA ABD. RAHIM

SINOPSIS

Cerita ini dimulakan dengan kisah bapa Alim yang telah membawa pulang buah-buahan yang telah dibelinya di pasar tani. Antaranya ialah buah rambutan, durian manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Bapa memanggil kesemua ahli keluarganya makan bersama. Ibu telah menyediakan bakul sampah dan menasihati yang lain tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan rumah kotor dan bersepah. Kemudian, Alim bertanyakan kepada ibu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman kerana ibu dan bapa selalu berpesan untuk berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah suatu perbuatan yang baik. Ibu memuji anaknya, Alim kerana selalu ingat akan pesan ibu bapanya. Ibu terus mengasingkan buah ke dalam plastik merah untuk diberi kepada Sulaiman. Tambahan pula, pada ketika itu, Sulaiman sedang menyiram pokok bunga di luar rumahnya. Alim memberikan bungkusan plastik kepada  Sulaiman. Sulaiman mengucapkan terima kasih atas pemberian Alim. Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim atas pemberian buah-buahan tersebut. Tambah Alim, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu sentiasa berkata bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub orang-orang yang baik. Kita semua hendaklah berbuat baik kepada jiran. Denga wajah sedih, Mak Cik Timah mengucapkan bahawa Alim anak yang baik dan bergembira kerana Alim sangat baik dengan anaknya, Sulaiman. Akhirnya, Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman dan begitu juga sebaliknya Sulaiman sambal melambai ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah mendoakan akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit : UMT


Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan 6 yang diberi nama Citra Purnama Production telah menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu berdasarkan lima elemen asas grafik yang terdapat dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Antara bahan yang digunakan ialah gunting, UHU gluestick, mounting board, reben dan pisau lipat. Setiap kumpulan diminta untuk mencari lima gambar di dalam majalah dan memberikan ulasan  untuk setiap elemen tersebut. Antara proses terawal yang telah dilaksanakan adalah dengan memilih gambar yang menunjukkan elemen-elemen asas grafik tersebut dan menampalkannya pada mounting board dengan menggunakan gam UHU. Sebelum proses menampal dilakukan, kami terlebih dahulu telah menunjukkan dan meminta pandangan Prof. Normaliza berkenaan gambar tersebut adakah sesuai dengan kelima-lima elemen asas grafik yang telah dipelajari. Proses terakhir, kami hendaklah membuat buku skrap dengan menggabungkan gambar-gambar tersebut.



Elemen asas grafik dapat dilihat dari segi warna, mudah, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Dari segi elemen asas grafik warna, kumpulan kami memilih gambar kosmetik kerana penggunaan warna yang digunakan menyerlah dan menarik. Dari segi elemen mudah pula, kumpulan kami memilih gambar air terjun kerana gambar tersebut sangat ketara dan jelas untuk difahami oleh sesorang yang melihatnya. Untuk elemen teks, pilihan gambar siluet  masjid menunjukkan elemen teks telah digunakan di dalam majalah. Hal ini dapat dilihat penggunaan teks di ruang atas seimbang dengan penggunaan teks di ruang bawah gambar. Walaupun tidak banyak teks diletakkan, namun kita dapat mengetahui bahawa gambar tersebut menunjukkan gambar masjid. Seterusnya, gambar persisiran pantai dipilih sebagai elemen asas grafik kesesuaian kerana gambar tersebut mempunyai latar tempat yang sesuai untuk ditonjolkan di dalam majalah. Penggunaan kombinasi warna biru dan putih memberikan ketenangan kepada pembaca. Bagi elemen keseimbangan pula, gambar sebatang pokok di waktu senja mempunyai nilai keseimbangan pada ruang atas, iaitu menggunakan warna terang dan ruang bawah yang menggunakan warna yang lebih gelap.





Gambar-gambar di atas merupakan contoh-contoh yang telah kumpulan kami siapkan. 


Sekian sahaja hasil daripada kumpulan kami iaitu Citra Purnama Production😊

Selamat membaca dan menyelami penulisan ini💖


BBM3410Satu2020: BLANKET TEST 1.0

KUMPULAN 6 : CITRA PURNAMA PRODUCTION
Apa elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti?

Teks. Walaupun gambar tersebut tidak mempunyai teks, tetapi kita sudah tahu dengan jelas bahawa gambar itu menunjukkan pemandangan di sebuah jeti.

Friday, February 14, 2020

KELUARGAKU JANNAHKU

Assalammualaikum dan hai semua..Kali ini saya nak bercerita serba sedikit mengenai tak lain tak bukan tulang belakang saya iaitu keluarga kesayangan saya..Nama lelaki pertama yang saya cintai???Haaa cuba teka..Tekkkk semua salah😛..Ayah sayalah yang diberi nama Mohd Isa bin Haron dan hanya berkerja sendiri sahaja...Wanita yang membawa saya selama 9 bulan 9 hari kehulur kehilir dengan penuh sabar iaitu mak yang diberi nama Balqis binti Ab.Rahman dan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa..Pendek kata Syurga saya di bawah telapak kaki mak selagi tidak bersuami...Tentang ayah dan mak sudah tahu kan kan..Kini saya bercerita pula mengenai adik-beradik pendek kata teman sepermainan, bergaduh, bertarik rambut masa kecil-kecil dulu.Bila dah besar panjang rasa macam matang sikit😅...sikit je tak banyak pun..Saya mempunyai 9 orang adik-beradik iaitu 6 perempuan dan 3 lelaki.. Dimulakan dengan Mohamad Ikhwan, Intan Baizura, Mohd Syafiq, Intan Syahira, Intan Syafiqah, Intan Shazlynn, Intan Shazlyana, Intan Shazliena dan Mohammad Harris Iskandar..Wuu ramainya perempuan...Memang ramai awak dan yang paling penting rajin buat kerja rumah..Mak cakap kalau malas-malas tak boleh kahwin nanti..Yang menariknya nama semua Intan..ala ala permata giteww..permata mak abah..Haa lelaki yang 3 orang tu pelindung kami yang berenam ni..Yang menariknya kami ada sepasang adik kembar perempuan yang tidak seiras..Yang sudah berkahwin baru kakak seorang...yang lain bakal menyusul🙊💖..Akhir kata, jika tiada mereka tidak sempurna hidup saya😘😍💖...Inilah keluargaku...
Keluarga tercinta😍

Intan Permata Mak Abah😙